Search This Blog

Thursday, 10 November 2011

<< BaLik Lah AwaL >>

BALIKLAH AWAL

(Baca perlahan-lahan dan penuh penghayatan..)

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
...
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jeritku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY” ?
 
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

“HARGAILAH KELUARGA ANDA”
Tapi kenapa tajuk nye BALIKLAH AWAL?? 
Jawapanya: Sebab suruh parents habiskan masa di rumah sebanyak mungkin untuk main & berhibur & bermesra & mendidik anak2 pada luar waktu bekerja harian... kerana kerja harian adalah tanggungjawab kita utk mencari rezeki kpd anak2 isteri,,, tapi apakah kita lupa bahawa anak juga merupakan tanggungjawab kita yg di PERINTAHKAN oleh ALLAH S.W.T  kpd kita utk mendidik + mengajar mereka... apakah cukup dan apakah wajar kita menyerah kesemua tanggungjawab kita dalam mendidik anak2 kita kepada pengasuh, sekolah, taska & tadika sahaja???  masa yang ada pada sebelah malam adalah terhad,, maka gunakan dan manfaatkanlah ia sebanyak mungkin dalam menjalankan IBADAH mendidik anak2 pada sebelah malamnya... jangan asyik berfikir lalu mengharap agar anak2 segera tidur kerana MALAS & LETIH melayan karenah anak2... letih seharian bekerja bukanlah ALASAN untuk itu terjadi. 
:) PERINGATAN UNTUK SAYA SENDIRI JUGA.
 

Saturday, 5 November 2011

ANAK2 & SIFAT2 SEMULAJADI...

Kategori sifat2  yang menggambarkan anak2 :

  1. Kategori A
    • Anak yang bijak dan kuat berfikir.
    • Suka garis-panduan jelas, menyusun barangannya secara logikal, amat fokus jika membuat sesuatu, berfikir dengan dalam sebelum membuat sesuatu.
    • Amat banyak memerhati dengan fokus tajam, berhati-hati, menjaga perasaan orang lain, mengawal kelakuan. 
    • Suka menyelesaikan puzzle, boleh berfikir secara mendalam dan kreatif, 
    • Berperwatakan kemas, selalunya kurus.
    • Suka bersendiri, pendiam, pendendam, sensitif, tidak berkongsi perasaan tetapi mahukan orang lain memahaminya.
    • Takut membuat kesalahan, tidak mengambil risiko, banyak berfikir tentang masalah.
  2. Kategori B
    • Anak yang amat mudah dijaga, senang dikawal, mengikut arahan, menyejukkan hati
    • Menjadi tempat untuk menceritakan masalah, tekun mendengar masalah orang lain tanpa banyak komen, sabar
    • Tidak mengambil kisah atau pihak, mengambil jalan tengah, selamat atau mudah, mengelakkan konflik
    • Tidak mengambil risiko, berperasaan stabil, tidak sensitif, tidak keras hati atau kepala.
    • Berperwatakan sederhana, selalunya berisi.
    • Perlukan arahan atau suruhan berterusan, tiada inisiatif sendiri, selalu menangguh sesuatu
  3. Kategori C
    • Anak yang menghiburkan hati dan menceria suasana.
    • Mahukan populariti, mahu jadi tumpuan, banyak cerita dan ramah, senang membuat kawan,
    • Suka keramaian, jika bersama kawan-kawan akan riuh suasana dengan jeritan dan gelak ketawa.
    • Berperwatakan 'cute' atau comel, mata bulat, manis.
    • Tidak suka garis-panduan atau peraturan, tiada istilah mengemas di dalam hidupnya.
    • Susah mengingat sesuatu, tumpuan tidak lama, tidak selesa berseorangan, jarang memikir perasaan orang lain.
  4. Kategori D
    • Anak yang boleh diharap menyelesaikan sesuatu tugasan 
    • Seolah-olah tidak perlukan ibubapanya kerana amat berdikari.
    • Selalu melantik diri sebagai ketua diantara kawan-kawan.
    • Keyakinan tinggi, 'bossy', amat aktif, selalunya hyperaktif, sentiasa ada sahaja aktiviti yang dilakukannya
    • Sukakan sukan atau aktiviti lasak.
    • Tidak menjaga perasaan orang lain, tidak gentar dengan orang lain mahupun orang dewasa.
    • Jarang mengikut peraturan, kecuali peraturannya sendiri.
Secara semulajadi, anak-anak anda mungkin tergolong di dalam salah satu daripada kategori-kategori ini. Pembahagian kategori ini bukanlah untuk melabel anak-anak, tetapi adalah panduan untuk lebih mengenali dan memahami mereka supaya perubahan positif sentiasa dapat dilakukan. Setiap kategori anak-anak mempunyai kekuatan, kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Dalam memupuk akhlaq mulia di dalam diri anak-anak melalui kaedah-kaedah yang telah disebut sebelum ini , sifat-sifat semulajadi anak-anak amat penting diperkirakan. Mengambil kaedah secara pukul rata untuk semua anak-anak yang berlainan sifat akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza.

Mengadakan 'house-rule' atau 'family-rule'.
  • Kategori A : Amat sesuai dengan anak-anak kategori ini kerana peraturan yang tetap selari dengan 'modus-operandi' jiwa mereka. Jika berpeluang, jelaskan kepada mereka sebab sesuatu peraturan itu diadakan. Memahami sesuatu perkara umpama makanan untuk minda mereka.
  • Kategori B : Anak-anak kategori ini selalunya tidak akan melanggar batasan sesuatu peraturan. Tetapi jika peraturan itu melibatkan tugas-tugas tertentu seperti membuang sampah, mencuci pinggan dan sebagainya, anda mungkin perlu selalu memperingati mereka.
  • Kategori C : Selalunya anak-anak kategori ini tidak mempedulikan peraturan. Jika anda memintanya menyenaraikan perkara-perkara yang dia tidak boleh lakukan di rumah, mungkin ia hanya boleh menyenaraikan 3 daripada 10. Untuk menggalakkannya mengikuti peraturan, pastikan peraturan menjadi sesuatu yang menyeronokkan seperti melakukannya bersama-sama, ada ganjaran, atau berlumba menyiapkan tugasan, sambil menyanyi dan sebagainya.
  • Kategori D : Jika anak-anak kategori ini tidak percaya dengan peraturan anda, ia tidak akan takut untuk melanggarnya. Tetapi sebaliknya, jika ia mempercayai peraturan tersebut, anak inilah yang anda boleh harapkan untuk menguatkuasakan peraturan kepada anak-anak yang lain. Anak ini selalunya perlu memahami matlamat sesuatu peraturan untuk diterima di dalam hidupnya. Ataupun, jika ada peraturan baru yang hendak diperkenalkan, libatkan anak ini dalam membuat keputusan.
[Ibubapa Cemerlang]
rujukan : http://www.orangekid.biz

Friday, 4 November 2011

<< PisaNg + HaTi >>

Kisah Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pis...
ang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
 


“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Thursday, 3 November 2011

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Sabda Rasulullah s.a.w. "

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.



< dipetik dr Fb Tengku Muhammad Kalmani As-Saifi >

Wednesday, 2 November 2011

jiWa kACaU

assalamualaikum...

pagi ni feeling lain sikit .. xtau nak ckp mcmn... hati tarak senang... kerja serba xkena... jantung berdebar2... banyak faktor pagi ni nye mood sepoi2 bahasa...
# mungkin sebab mengenangkan sofiya yg masih xmahu ke taska...

antara sebab2 nape piya meragam =
* memang time mak jaga hrtu pun dia meragam,, puas mak telek nape ngan piya ni,, nak melekat je ngan mak xmow ngan org lain even mayang sendiri... rupanya,,, kata mak sbb dah masuk 'bulan' piya besar.. oic,,, memg pun 24hb hrtu piya genap 1thn 5bulan... memg karekter piya mcmni sejak lahir,, ade je perubahan yg di buatnya... (itu tanda budak bijak) ;p
* sebab rindu sgt kat mama n papa kot,, angin monsun barat daya belum reda... ekkekeeee... pastu tetiba je terus nmpk enviroment baru,,, strangers,,, and so on... she need adaptation first,, but wrong timing la we send her to taska... hurrrmmm.... apo nak wat laie...
* maybe sbb gigi geraham piya nak erupting... last few time 'mak' jaga pun dia ade buat hal berminggu2 jugak... puas mama kaji nape ngan adik... finally mama dapat jawapan bila mama raba gusi adik... ohwww,,, adik nyer MOLAR ERUPTING!!! yesssszzz... then i knew that time piya's tooth wanted erupted... :) theeeeeheheheee.... ape la mama ni kan,,, ...

_____________________________

SO,,, the conclusion now is,,, piya meragam sebab gigi geraham bawah nak tumbuh pulokkk...  memg dah perasan kat kg hrtu lower gum piya slightly reddish n bulging... uhuhuuuu... cian anak mama... patut lah nowadays piya xmow lepaskan puting dia... sebab bagi dia puting tu bole soothing itching n painfull dia.... huhuhuuuu... bijak anak mama... i love u so much!! very2 much!!!

dear mama piya: oleh itu,,, jgnlah anda terlalu risau sampai xlalu makan n mandi... wakakakaaaa...

Tuesday, 1 November 2011

~taSKa seNariO~

assalamualaikum... selamat pg semua!!!

pagi ni anak mama nurul sofiyah zahraa dah ke sekolah.... xtau nak story mcmn perasaan apabila stat hantar dia semalam... rasa rindu sgt2...rasa sedih pun ada... tapi,,, saya kenalah bersabar tahap tinggi untuk melihat apa yg saya dan suami inginkan benar2 berhasil.... :) adik,, mama betul2 sayang adik... mama xsampai hati tgk adik nangis setiap kali mama tinggalkan adik utk g work... mama cedey... dr dl smp skrg mama memg ade perasaan macamni... tambahan lagi adik dah besar, adik dah mula kenal situasi, org2 sekeliling adik dan dah tahu erti 'mama nak g work'... adik dah tahu adik akan kena tinggal...  adik,,, adik,,, i LOVE u!!!! mama kena 'pura2' kuat dan tabah... mama lakukan semua ni utk adik juga... mama xmahu tunjuk depan adik yg mama xkuat... kalu mama nangis juga depan adik,,, bagaimana adik sendiri mahu berhenti menangis kan??? uhhuuuuuu uhhuuuu... :'(
semalam adik nangis,,, mungkin sebab puting adik mama lupa nak bg... hrni,,, puting, bantal adik mama dah sediakan... hope adik x nangis lg... IBU ckp adik main ngan 'abg2' je... ish ish ish.... ;p adik ni.... g la main ngan 'kakak2' jugak... ape la adik ni... kecik2 dah pandai cr lawan jenis... ehem ehem... jgn nakal2,,, main ngan abg tu jgn lasak2 tau... org lelaki ni kasar sayang.... adik g la main ngan org pmpn... main masak2 ke... macamtu lah baru GURL.... ;p sayang anak mama....
memula masuk taska td,, adik bergayut je ngan mama,,, ibu amek adik xnak lepaskan mama... adik tarik baju mama kuat2,, adik keraskan kaki xmow lepas dr mama.... mama nak letak kat bawah pun adik xnak turunkan badan adik... ada sekumpulan abg n kakak main tepi sliding door taska... mama tunjuk kat adik supaya adik nak turun main ngan dorg... mungkin adik xkenal lagi rupa dorg n sape dorg,, jd adik xde lgsg excited... lagi 1 sbb adik br bgn tido,,, ma angkat terus masuk kete... pastu ma letak adik betul2 tepi kawan2 baru adik tu,,, mama pun duduk sekali tepi adik... elok je adik diam,,, xde keraskan badan lagi... cuma bila mama nak salam ngan adik,,, adik stat nangis... alahai anak mama,,, meruntun jiwa mama tgk adik menghulur tgn minta dukung... ibu ambil adik,, tp adik xnak ngan ibu... adik nak mama... ma kuar pelan2 ke pintu masuk... adik hulur2 tgn kat mama.... nangisss.....tp mama terpaksa senyum n babai jg kat adik... maafkan mama sayang...  mama g work ye nak...adik jgn nangis lg... ma toleh dalam taska tgk ibu dah dukung adik masuk ke belakang... ibu pujuk adik kot... tghri ni adik mcmn ye? mama rasa nak g singgah tgk adik main2... happy ke x... tp mama tkt ibu ckp mama over... mama ni memg overprotect kat adik ker??? memang lah jawab hati mama... kan adik anak mama.... urmmm... dah kul 12pm,,, mama nk ke x tgk adik yer???

Sunday, 30 October 2011

:: pOST- tOOtH ExTRAcTIoN::


ARAHAN SELEPAS PENCABUTAN GIGI / PEMBEDAHAN KECIL PADA GIGI

  • 1.       Gigit kapas dengan kuat supaya darah cepat berhenti.
  • 2.       Jangan berkumur-kumur / meludah untuk mengelakkan terkena infeksi (hanya ganti kapas sahaja).
  • 3.       Jangan merokok untuk beberapa hari terutama bagi pencabutan yang sukar.
  • 4.       Jangan makan / minum yang panas-panas kerana akan melambatkan proses penyembuhan.
  • 5.       Jangan sentuh luka pada tempat pencabutan dengan jari. (terutama kanak-kanak).
  • 6.       Perhatikan anak anda agar tidak menggigit-gigit kawasan yang kebas kerana boleh terkena ulser.  (kanak-kanak tidak merasa sakit saat menggigit kerana sudah kebas)
  • 7.       Boleh minum minuman yang sejuk untuk mempercepat darah berhenti.
  • 8.       Makan ubat yang di bekalkan jika sakit masih ada. (bagi pencabutan yang sukar)

Thursday, 27 October 2011

>> yang Di nama kaN R3mAja >>




MEDAN 2009

Remajakah aku??? zaman muda mudi boleh terima lagi kot... nak g jenjalan 2nd honeymoon... ;p 
together with parents in LAW... :) happy2


  
jln Dr.MnSyuR III, nO. 16C
ngAn mak,,, sebelah motor kesayangan!!   (abah,, pic error... xbole masuk entry)

MaDiNa Hot3L


pegnenkan NURUL... 4th month i guess..???
       

ladang sawah sedang menguning di depaan rumah ~~~

<< Z.A.H.R.A.A >>

alahai,,, SOFIYAH ZAHRAA anak mama!!! miss u dear zahraa!!!

belon buatan tangan papa... piya suke2... :)

anak MAMA belajar makan,,, siap pakai tikar alas lagi tu.... ngadap tv kat dapor... bersama UPIN & IPIN!!! :)

Lekanye layan TV yer nurul !!

Tuesday, 25 October 2011

i LOV3 booKS!!!! ;p

Assalamualaikum....

dah bape minggu ni asyik masuk bookstore je,,, last week balik KL sempat singgah PUSTAKA RAKYAT kat Ampang,,, g ngan mak nk beli stationary (untuk buat buku piya) i create sendiri... bajet sepanjang piya xde ni nak hasilkan sumtin special utk piya... pssss: adik, mama nk buat sistem belajar untuk adik pandai baca dgn cepat dalam usia masih mudha mudhi... :) mama beli drawing block (sbb kertas agak kertas dibanding kad manila zaman skrg), pastu mama beli pen marker merah hitam putih ... mama nak tulis perkataan2 utk adik belajar besok dah balik JB... :) dan,,, kerja2 mama tahap 1 dah siap + lengkap... mama tunggu kepulangan adik utk kita duduk belajar bersama2 sambil santai2... :) sambil tgk bangau!
pastu mama jeling2 area NOVEL ... WAAAHHHHHH .... jiwa mama xtahan tgk novel2 baru yg terkini di pasaran skrg!!! mama belek2 mama selak2... urm,,, nyaman nyer bila berada di dalam kedai buku ni.... (mana2 kedai buku)!!! mama xde bajet r nak beli buku / novel2 lagi,, (sebab papa selalu besarkan matanya sbb>>>> buku2/ novel2 yg dah beli 1-11/2 tahun  dulu ade yg belum buka plastik lagi... maknanya belum mama sentuh untuk baca... ntah2 mama dah lupa tajuk novel yg mama belum sentuh lagi tu.... kekekeeee.... tapi sbb nenek sayangkan mama n tau mama suke baca buku,,,, ehem2... akhirnya dapat gak mama grab 2 buku... tp buku ilmiah yeeee... bukan NOVEL.... huhuhuuuuu... :) 


pastu malamnya mayong tergedik2 sebuk je nk ajak kua... mcm xde masa lain... ktrg g klcc... adik xikut kan masa tu... ekkekeee... adik mama tinggalkan ngan mayang n macu... sebb mayang tu gedik je soh adik tinggal... penat je mama pakaikan adik baju n tukar pempes... mama pakaikan adik baju baru yg mayong tempah kat tailor... heheeee... lawak je,, goman adik mcm minah indon pakai bj tu... nasib bek p.uda xnampak,,, kalu tak mama asyik kena kutuk je ngan dia sbb bg adik dressing mcm orgtua... ade plak kan???!!! kan mama nak didik adik jd solehah... wakakakaa... insyallah,, AMIN.... malam tu g Isetan, parkson... mama dpt PERFUME tau... mayong tetiba jd angel nk belikan... bukan murah tau dik... heheheee... besok adik dah besar,,, adik blanja la mayong plak tau,,, tau... pastu g area inner,,, nenek plak offer mama nk x beli 'sumtin' sama ngan nenek... mama angguk je la... xsempat nk pk... heheheee... pastu nasibek mama x grab kasut GUEST mlm tu... nenek offer gak... heheheee... mama tgk papa dah jeling2 dah,,, xjd la nk choose... hurmmm... 



pastu,,, time lalu kat level atas... KINOKUNIYA menjadi habuan mata mama.... urgggghhhh,,, sakitnya hati cuma lalu je amek bau buku2 n kesegran aircond,,, sbb rushing n g ramai,, xde la nk singgah... rasanya kalu hr masih siang,,, mama rela balik naik bas intrakota,, soh dorg balik dulu sbb mama nak lepak dlm KINOKUNIYA tu.... !! :) 

balik JB, mama oncall... seminggu xde kes,,, weekend br ada... kalu la mama tahu, mama x hantar adik balik KL... urm,,, pasni mama xnak dah anta balik KL... mama rindu!!! xtahan la... mama dpt kritikan mcm2 pihak sejak adik xde... ramai salah anggap pd mama... ramai ckp belakang,,, ramai xsuke mama,, ramai xnak kwn ngan mama lagi sejak adik xde ni... mama sedih xde yg tahu... mama xtahu ape salah mama... mama buat mengikut keputusan yg papa greenlite kan... tp akhirnya nama mama sorg buruk... mama malu... mama teingin nak tahu ape silap salah mama pd org yang mengata mama,, marah2 mama,,, tuding2 jari pada mama.... tp bila ntahnya mama dpt tahu benda ni... mama buat semua utk adik , masa depan adik... 
adik nak tahu buku ape yg mama beli kat PUSTAKA RAKYAT hrtu? mama beli buku 
'CARA MENDIDIK ANAK PEREMPUAN'...

tgk,,, betapa mama inginkan yg terbaik dlm mendidik anak2 mama kelak... mama berusaha sampai lubang cacing nk besarkan adik, mama berjuang utk 'anugerah' yg TUHAN beri pd mama.... mama xnak sampai terlajak perahu,, mama nk lentur adik sejak dr rebung... salah mama ke sayang??? mama ada hak atas nama melaksanakan tanggungjawab mama pd 'anugerah' ini... mama byk dosa,, mama xnak kerana salah didik dalam membesarkan adik mulai dr rebung ni,,, kelak adik 'terlajak' melakukan dosa juga,,, yg akhirnya menambahkan dosa mama papa.... adik sbg anak prmpuan kena lebih dididik supaya adik menjadi anak yang 'tidak mengheret papanya ke neraka sana' adik kena jaga mama n papa sampai mati.... adik janji ngan mama ye,,, hari2 adik doakan kami ye... hari2 adik doa jauhi segala dosa n maksiat... hari2 adik doa supaya iman adik setiap hari bertambah ye nak... 
adik,,, hari2 mama membebel... adik jgn bosan ye,,, itu tandanya mama sayang pd adik... itu tandanya adik menjadi fokus utama mama dlm diari hidup mama....

I lOv3 u SoFiYah ZahRaA...
:)

ps:   jgn hampakan kami sebagai ORTU mu....

Monday, 24 October 2011

1 tahuN 5 buLaN

hari ni genap umor sofiya zahraa 1 tahun 5 bulan... alhamdulillah... anak mama dah besar dah... semakin hari semakin bijak,, semakin hari semakin sihat,, semakin hari semakin ceria..... :) ALHAMDULILLAH....
kata nenek semalam piya ngaruk buat hal.... merengek je... ngamuk hp xkeluar muka mama.... ngamuk xbole 3G... kekekeee... kecik2 dah tau ape tu 3G.... amboi amboi.... bile kol piya je dia merengek2... ntah ape x kena ntah.... bile 3g plak,, dia diam je.... tp yg syok nyer bila tanya soh 'angkat tangan' dia main angkat je... xkira org ckp ape,,, dgr 'angkat tgn',,, terus naik dua2 tgn dia ke atas.... yg syok lagi,,, bila nyanyi TWINKLE2 ke BAA BAA BLACK SHEEP ke,, laju je badan goyang ke kanan ke kiri.... kih kih kih.... comey anak mama... pandai berinteraksi dgn org... sgt2 bijak... :) adik,,, cepat balik cni ye... mama dah sediakan bahan2 utk adik belajar pasni... lps ni adik bole dah bercakap dgn bijak n petah... xsabar mama nak ajar adik membaca.... :) semalam mama g lagi kedai buku... suke sgt bookstore!!!

cepat lah masa berlalu.... RINDU ADIK.... :)

Friday, 21 October 2011

maMa RinDu AdIK....

assalamualaikum...

ni dah masuk jumaat... nak asuk hari ke5 mama xdpt sentuh adik.. mama rindu sgt kat adik... nak main, nak ajar adik nyanyi, baca buku n kira 1-10... pastu adik mesti clapping... :) bahagia tgk reaksi adik dpt buat sume tu together2 ngan mama.... mama rindu nk bg adik makan smp nasi bersepah2... walaupun mama penaat, tp mama hepi buat sume tu utk adik.... adik,,,, i miss u so much!!! adik,,, i love u very strong!!! even badai ribut taufan melanda emosi mama... ;) mama tetap sayang adik sampai kiamat....
ADIK,,,
 suatu hari nanti mama nak adik baca blog mama ni yer... :)

M.A.K

Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
sayangi ibu kita... :-)

kadang2 kita alpa bile ada sesuatu yg lebih indah dari biasa kita lihat dan sentuh.... mama nak adik jauhi sikap alpa terutama pada orangtua yang mengandungkan adik, membesarkan adik dan yg selalu menyayangi adik.... 
Ramai orang sayang adik,,, tp ingat,,, jgn hampakan semua insan yg menyayangi adik tau... jgn abaikan mereka... ingat jasa baik mereka.... hormati dan ihsankan mereka.... paling penting,,, DOAkan kesejahteraan n kesihatan mereka....  dunia dan akhirat... 
Sebelum tidur, baca doa dan maafkan semua orang dulu, baca surah 3 Qul,,, sebagai benteng dan dinding kerohanian adik kelak... 
Banyak yang mama nak adik tahu, banyak yang mama nak adik belajar, banyak yang mama nak tunjuk pada adik, mama takut x sempat,,, mama takut adik xdpt bimbingan yang sempurna walaupun mama sendiri xsempurna, mama lemah,, tapi mama ada adik sebagai kekuatan mama... mama nak adik ada perisai zahir batin, mental fizikal... mama nak adik lagi kuat dari mama, lebih bijak n berilmu tinggi dari mama... 
Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya... kata orang pendidikan awal bermula dari rumah...lambat sgt nak tunggu adik besar utk mama sampaikan semua hal2... jadi coretan mama ni mudah-mudahan dapat sebanyak mungkin adik gunakan n ambil dan gunakan yang mana baik... :) mama nak yang terbaik untuk adik kerana sayang pd adik terlalu tinggi!!! jgn hampakan kami semua dgn perkara yang x kami ingini... tapi,, mama nak adik tahu bahawa mama xsabar nak tunggu adik besar > sekolah> remaja> dewasa.... mama nak jd mama pd adik, guru, teman, kekasih pd adik... berbicaralah pada mama bila2 masa adik perlukan mama... mama sentiasa ada di sisi, di belakang dan di depan adik... jgn membelakangkan mama.... nnti mama terluka dan rasa tidak diperlukan,, nanti mama rasa loser...  i want to be no.1 for u... ever!!!
Zaman sekarang byk hal yg xbagus utk adik tontoni.. mama nak adik jauh dr anasir2 kejam, jahat n liar... mama xnak dedahkan semua secara terang pada adik... sebaik mungkin mama nak jauhkan semua itu... kita x terlepas dr mendengar dan melihat semua itu,, tetapi mungkin masanya belum sesuai utk menjadi tatapan dan santapan minda adik... i'm not a perfect women, but i want u as my DAUGHTER,,, beware... avoid....
Mama nak adik jadi anak yg solehah > ikut perintah ALLAH> patuhi ajaran orgtua> jauhi perkara mungkar> jgn salah pilih kawan> jauhi persekitaran tidak sihat> belajar SMART, bukan HARD> bertolak ansur, mengalah bukan beerti kalah (amalkan dlm diri)> jgn pernah KALAH dengan KEGAGALAN yg dtg, kerana setiap kegagalan ada manisnya... pengalaman gagal itu yang akan menaiktarafkan hidup kita (banyak kisah hidup mama ingin mama ceritakan pd adik tentang BELAJAR dr setiap kegagalan, xperlu ditangisi, barulah adik akan kuat)....
Wahai puteriku NURUL SOFIYAH ZAHRAA, ketahuilah betapa kamu permata yang baru,,, akan kami gilap menjadi bintang yang bersinar dalam hidup kami... :) dengan kata2 mama yang begini,,, semoga kamu menjadi anak yang tahu menghargai setiap yang kami lakukan padamu... jangan mengambil kesempatan pada kami orangtuamu untuk kesenangan dan keegoaan peribadimu kelak... jauhi nya ya nak...
love from me , us... muwahhhh!!

Friday, 14 October 2011

~~JUMAAT~~

SALAM barakah di pagi JUMAAT...

ade sumtin feeling yg xtahu nk luah mcmn pg ni.... am i happy? am i not?? not sure,,, but yes!!! i'm happy actually.... :) senyum,,, xperlu kata apa2...

pagi ni zahraa bgn sikit punya awal,, actually,, in this week, almost everyday zahraa bgn pagi,,, bgn2 tunjuk piches kat meja solek,,, ada pic kami 1 family... sape lah yg adik tgk tu,, adik rindu sape?? pg bgn ajak main,,, senyum2 n duduk ajak main ngan dia... soh usap2 perut n belakang dia smp dia khayal sendiri... mata terkelip2 nak lelap balik,, tp tgk dia cool je tahan kelipan matanya tu sebab dah segar.... adik,,,, mama xtahan la tgk adik secomel tu pg2 buta ni... ma pun senyum n gelak2 jugak...heheheee....

urm,,, tp dalam otak ni xbole nak lupa tentang kewangan yg menipis... oktober ni terasa sgt mcm2 hal ade... sakit2 lah, anak sakit jugak lah,,, sume pakai duit... alahai,,, mana nk korek bajet lg ni yer??? mcmni gayanya kenalah buat BAJET BELANJAWAN 2011/2012... sebelum masuk bulan baru, baik aku berfikir laju2 n bertindak sesegera mungkin.... :)
- minyak kete kena kurangkan>>> naik moto g keje!!  piya plak nak campak mana??? kesian dia pg2 kena embun,, hhuuuuhhhuuu.. masuk angin anak mama nnt kalu ikut naik moto g keje... (berfikir sejenak) kena ambil langkah baru ni...
- masa g keje kena praktik betul2>>> xmow redah jem n kesian hubby selalu 'terlambat'....
- berniat utk menjadi mama n isteri yg lebih mulia, mithali, penyayang, penyabar, peka dgn sekeliling, pemerhati perkembangan tumbesaran anak dgn lebih teliti n bijak... mencari & mengkaji dgn > bijak cara utk mendidik n membimbing anak ke arah hidup yang lebih sihat n baik.... mulakan langkah untuk mengajar piya membaca, mengira, mengenal persekitaran dirinya...

apa yang mama inginkan,,, adalah yang terbaik utk masa depan piya... utk kebaikan piya, utk keceriaan piya, utk kegembiraan piya, utk kebahagiaan piya dan kesihatan piya yg berpanjangan... mama sgt2 teruja utk menjadi MAMA yang sempurna utk piya... (papa,, jgn ambil hati ye... kerana piya adalah segalanya bagi mama melebihi dari papa) hheheheeee..... mama menghargai piya melebihi segalanya kerana piya dah menjadi > dr sebahagian hidup mama..... mama je fhm anak mama ni,,, buktinya smp sekarang papa belum mengerti erti setiap rengekan n tangisan piya ... kan kan kan?? heheheee... piya mama punya oke!!! ;p

Wednesday, 12 October 2011

happy DaY...

Assalamualaikum...

happy harini sebab dapat masak for lunch... suprise... lalalalaaa.... 'kalu macamni hari pun boleh'... iyolah tu... nak hari2 boleh je,,, aku xyah keje ke? boleh??? heheheee... ape pun, hari seem to be a very2 good day!!! semoga berpanjangan n xputus usaha murni ku ini... piya,,, mama cayang piya,,, adik dah besar,,, nanti g sekolah ye nak.... belajar pandai2 ye... jumpa ramai kawan2... jangan nakal2 tau... 

Thursday, 6 October 2011

have fun at DESARU.... :)

piya saat tiba di pantai Desaru...


Salam...

 : mari cuci mata ... episod gembira penutup SYAWAL dihujung SEPTEMBER 2011....

piya,,, mama,,, papa,,, FAMILY DAY 2011



Mama + Piya


NURUL: saat bersiap untuk DINNER

PELAMPUNG LEHER khas utk piya... :)


persediaan piya untuk meluncur dalam kolam... ;p


piya lepas penat berenang ,, terus kelaparan..


makan hotdog lepas siap pakai baju...


READY FOR BACK HOME!!