Search This Blog

Thursday, 10 November 2011

<< BaLik Lah AwaL >>

BALIKLAH AWAL

(Baca perlahan-lahan dan penuh penghayatan..)

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
...
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jeritku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY” ?
 
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

“HARGAILAH KELUARGA ANDA”
Tapi kenapa tajuk nye BALIKLAH AWAL?? 
Jawapanya: Sebab suruh parents habiskan masa di rumah sebanyak mungkin untuk main & berhibur & bermesra & mendidik anak2 pada luar waktu bekerja harian... kerana kerja harian adalah tanggungjawab kita utk mencari rezeki kpd anak2 isteri,,, tapi apakah kita lupa bahawa anak juga merupakan tanggungjawab kita yg di PERINTAHKAN oleh ALLAH S.W.T  kpd kita utk mendidik + mengajar mereka... apakah cukup dan apakah wajar kita menyerah kesemua tanggungjawab kita dalam mendidik anak2 kita kepada pengasuh, sekolah, taska & tadika sahaja???  masa yang ada pada sebelah malam adalah terhad,, maka gunakan dan manfaatkanlah ia sebanyak mungkin dalam menjalankan IBADAH mendidik anak2 pada sebelah malamnya... jangan asyik berfikir lalu mengharap agar anak2 segera tidur kerana MALAS & LETIH melayan karenah anak2... letih seharian bekerja bukanlah ALASAN untuk itu terjadi. 
:) PERINGATAN UNTUK SAYA SENDIRI JUGA.
 

Saturday, 5 November 2011

ANAK2 & SIFAT2 SEMULAJADI...

Kategori sifat2  yang menggambarkan anak2 :

  1. Kategori A
    • Anak yang bijak dan kuat berfikir.
    • Suka garis-panduan jelas, menyusun barangannya secara logikal, amat fokus jika membuat sesuatu, berfikir dengan dalam sebelum membuat sesuatu.
    • Amat banyak memerhati dengan fokus tajam, berhati-hati, menjaga perasaan orang lain, mengawal kelakuan. 
    • Suka menyelesaikan puzzle, boleh berfikir secara mendalam dan kreatif, 
    • Berperwatakan kemas, selalunya kurus.
    • Suka bersendiri, pendiam, pendendam, sensitif, tidak berkongsi perasaan tetapi mahukan orang lain memahaminya.
    • Takut membuat kesalahan, tidak mengambil risiko, banyak berfikir tentang masalah.
  2. Kategori B
    • Anak yang amat mudah dijaga, senang dikawal, mengikut arahan, menyejukkan hati
    • Menjadi tempat untuk menceritakan masalah, tekun mendengar masalah orang lain tanpa banyak komen, sabar
    • Tidak mengambil kisah atau pihak, mengambil jalan tengah, selamat atau mudah, mengelakkan konflik
    • Tidak mengambil risiko, berperasaan stabil, tidak sensitif, tidak keras hati atau kepala.
    • Berperwatakan sederhana, selalunya berisi.
    • Perlukan arahan atau suruhan berterusan, tiada inisiatif sendiri, selalu menangguh sesuatu
  3. Kategori C
    • Anak yang menghiburkan hati dan menceria suasana.
    • Mahukan populariti, mahu jadi tumpuan, banyak cerita dan ramah, senang membuat kawan,
    • Suka keramaian, jika bersama kawan-kawan akan riuh suasana dengan jeritan dan gelak ketawa.
    • Berperwatakan 'cute' atau comel, mata bulat, manis.
    • Tidak suka garis-panduan atau peraturan, tiada istilah mengemas di dalam hidupnya.
    • Susah mengingat sesuatu, tumpuan tidak lama, tidak selesa berseorangan, jarang memikir perasaan orang lain.
  4. Kategori D
    • Anak yang boleh diharap menyelesaikan sesuatu tugasan 
    • Seolah-olah tidak perlukan ibubapanya kerana amat berdikari.
    • Selalu melantik diri sebagai ketua diantara kawan-kawan.
    • Keyakinan tinggi, 'bossy', amat aktif, selalunya hyperaktif, sentiasa ada sahaja aktiviti yang dilakukannya
    • Sukakan sukan atau aktiviti lasak.
    • Tidak menjaga perasaan orang lain, tidak gentar dengan orang lain mahupun orang dewasa.
    • Jarang mengikut peraturan, kecuali peraturannya sendiri.
Secara semulajadi, anak-anak anda mungkin tergolong di dalam salah satu daripada kategori-kategori ini. Pembahagian kategori ini bukanlah untuk melabel anak-anak, tetapi adalah panduan untuk lebih mengenali dan memahami mereka supaya perubahan positif sentiasa dapat dilakukan. Setiap kategori anak-anak mempunyai kekuatan, kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Dalam memupuk akhlaq mulia di dalam diri anak-anak melalui kaedah-kaedah yang telah disebut sebelum ini , sifat-sifat semulajadi anak-anak amat penting diperkirakan. Mengambil kaedah secara pukul rata untuk semua anak-anak yang berlainan sifat akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza.

Mengadakan 'house-rule' atau 'family-rule'.
  • Kategori A : Amat sesuai dengan anak-anak kategori ini kerana peraturan yang tetap selari dengan 'modus-operandi' jiwa mereka. Jika berpeluang, jelaskan kepada mereka sebab sesuatu peraturan itu diadakan. Memahami sesuatu perkara umpama makanan untuk minda mereka.
  • Kategori B : Anak-anak kategori ini selalunya tidak akan melanggar batasan sesuatu peraturan. Tetapi jika peraturan itu melibatkan tugas-tugas tertentu seperti membuang sampah, mencuci pinggan dan sebagainya, anda mungkin perlu selalu memperingati mereka.
  • Kategori C : Selalunya anak-anak kategori ini tidak mempedulikan peraturan. Jika anda memintanya menyenaraikan perkara-perkara yang dia tidak boleh lakukan di rumah, mungkin ia hanya boleh menyenaraikan 3 daripada 10. Untuk menggalakkannya mengikuti peraturan, pastikan peraturan menjadi sesuatu yang menyeronokkan seperti melakukannya bersama-sama, ada ganjaran, atau berlumba menyiapkan tugasan, sambil menyanyi dan sebagainya.
  • Kategori D : Jika anak-anak kategori ini tidak percaya dengan peraturan anda, ia tidak akan takut untuk melanggarnya. Tetapi sebaliknya, jika ia mempercayai peraturan tersebut, anak inilah yang anda boleh harapkan untuk menguatkuasakan peraturan kepada anak-anak yang lain. Anak ini selalunya perlu memahami matlamat sesuatu peraturan untuk diterima di dalam hidupnya. Ataupun, jika ada peraturan baru yang hendak diperkenalkan, libatkan anak ini dalam membuat keputusan.
[Ibubapa Cemerlang]
rujukan : http://www.orangekid.biz

Friday, 4 November 2011

<< PisaNg + HaTi >>

Kisah Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pis...
ang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
 


“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Thursday, 3 November 2011

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Sabda Rasulullah s.a.w. "

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.



< dipetik dr Fb Tengku Muhammad Kalmani As-Saifi >

Wednesday, 2 November 2011

jiWa kACaU

assalamualaikum...

pagi ni feeling lain sikit .. xtau nak ckp mcmn... hati tarak senang... kerja serba xkena... jantung berdebar2... banyak faktor pagi ni nye mood sepoi2 bahasa...
# mungkin sebab mengenangkan sofiya yg masih xmahu ke taska...

antara sebab2 nape piya meragam =
* memang time mak jaga hrtu pun dia meragam,, puas mak telek nape ngan piya ni,, nak melekat je ngan mak xmow ngan org lain even mayang sendiri... rupanya,,, kata mak sbb dah masuk 'bulan' piya besar.. oic,,, memg pun 24hb hrtu piya genap 1thn 5bulan... memg karekter piya mcmni sejak lahir,, ade je perubahan yg di buatnya... (itu tanda budak bijak) ;p
* sebab rindu sgt kat mama n papa kot,, angin monsun barat daya belum reda... ekkekeeee... pastu tetiba je terus nmpk enviroment baru,,, strangers,,, and so on... she need adaptation first,, but wrong timing la we send her to taska... hurrrmmm.... apo nak wat laie...
* maybe sbb gigi geraham piya nak erupting... last few time 'mak' jaga pun dia ade buat hal berminggu2 jugak... puas mama kaji nape ngan adik... finally mama dapat jawapan bila mama raba gusi adik... ohwww,,, adik nyer MOLAR ERUPTING!!! yesssszzz... then i knew that time piya's tooth wanted erupted... :) theeeeeheheheee.... ape la mama ni kan,,, ...

_____________________________

SO,,, the conclusion now is,,, piya meragam sebab gigi geraham bawah nak tumbuh pulokkk...  memg dah perasan kat kg hrtu lower gum piya slightly reddish n bulging... uhuhuuuu... cian anak mama... patut lah nowadays piya xmow lepaskan puting dia... sebab bagi dia puting tu bole soothing itching n painfull dia.... huhuhuuuu... bijak anak mama... i love u so much!! very2 much!!!

dear mama piya: oleh itu,,, jgnlah anda terlalu risau sampai xlalu makan n mandi... wakakakaaaa...

Tuesday, 1 November 2011

~taSKa seNariO~

assalamualaikum... selamat pg semua!!!

pagi ni anak mama nurul sofiyah zahraa dah ke sekolah.... xtau nak story mcmn perasaan apabila stat hantar dia semalam... rasa rindu sgt2...rasa sedih pun ada... tapi,,, saya kenalah bersabar tahap tinggi untuk melihat apa yg saya dan suami inginkan benar2 berhasil.... :) adik,, mama betul2 sayang adik... mama xsampai hati tgk adik nangis setiap kali mama tinggalkan adik utk g work... mama cedey... dr dl smp skrg mama memg ade perasaan macamni... tambahan lagi adik dah besar, adik dah mula kenal situasi, org2 sekeliling adik dan dah tahu erti 'mama nak g work'... adik dah tahu adik akan kena tinggal...  adik,,, adik,,, i LOVE u!!!! mama kena 'pura2' kuat dan tabah... mama lakukan semua ni utk adik juga... mama xmahu tunjuk depan adik yg mama xkuat... kalu mama nangis juga depan adik,,, bagaimana adik sendiri mahu berhenti menangis kan??? uhhuuuuuu uhhuuuu... :'(
semalam adik nangis,,, mungkin sebab puting adik mama lupa nak bg... hrni,,, puting, bantal adik mama dah sediakan... hope adik x nangis lg... IBU ckp adik main ngan 'abg2' je... ish ish ish.... ;p adik ni.... g la main ngan 'kakak2' jugak... ape la adik ni... kecik2 dah pandai cr lawan jenis... ehem ehem... jgn nakal2,,, main ngan abg tu jgn lasak2 tau... org lelaki ni kasar sayang.... adik g la main ngan org pmpn... main masak2 ke... macamtu lah baru GURL.... ;p sayang anak mama....
memula masuk taska td,, adik bergayut je ngan mama,,, ibu amek adik xnak lepaskan mama... adik tarik baju mama kuat2,, adik keraskan kaki xmow lepas dr mama.... mama nak letak kat bawah pun adik xnak turunkan badan adik... ada sekumpulan abg n kakak main tepi sliding door taska... mama tunjuk kat adik supaya adik nak turun main ngan dorg... mungkin adik xkenal lagi rupa dorg n sape dorg,, jd adik xde lgsg excited... lagi 1 sbb adik br bgn tido,,, ma angkat terus masuk kete... pastu ma letak adik betul2 tepi kawan2 baru adik tu,,, mama pun duduk sekali tepi adik... elok je adik diam,,, xde keraskan badan lagi... cuma bila mama nak salam ngan adik,,, adik stat nangis... alahai anak mama,,, meruntun jiwa mama tgk adik menghulur tgn minta dukung... ibu ambil adik,, tp adik xnak ngan ibu... adik nak mama... ma kuar pelan2 ke pintu masuk... adik hulur2 tgn kat mama.... nangisss.....tp mama terpaksa senyum n babai jg kat adik... maafkan mama sayang...  mama g work ye nak...adik jgn nangis lg... ma toleh dalam taska tgk ibu dah dukung adik masuk ke belakang... ibu pujuk adik kot... tghri ni adik mcmn ye? mama rasa nak g singgah tgk adik main2... happy ke x... tp mama tkt ibu ckp mama over... mama ni memg overprotect kat adik ker??? memang lah jawab hati mama... kan adik anak mama.... urmmm... dah kul 12pm,,, mama nk ke x tgk adik yer???