Bismillahirrohmanirrohim...
Bersyukur ke hadrat illahi sehingga saat ini aku masih bernafas di bumi ciptaan Allah S.W.T yg suci ini... berstatuskan seorang anak, menantu, isteri & mama kepada mereka2 yg aku kasihi & cintai... Detik2 yg kulalui pada hari bersejarah ini sama seperti hari2 lainnya yg mana terlalu sibuk dengan urusan duniawi ku.. Allahuakbar... Adakala aku teralpa dgn nikmat yg diberiNYA... Ampunkan aku Ya Allah.. aku lemah.. masih banyak kekurangan diri ini.. Ya Allah, terlalu banyak seperti debu halus dosa2 yg telah aku lakukan sepanjang 31tahun aku bernafas di bumiMu!! Ampunkan Aku Ya Allah..
Berikanlah aku kesempatan utk terus bernafas Ya Allah, demi jihadku padaMu, jihadku utk putera puteriku, janjiku pada orgtuaku, impianku bersama suamiku dalam membina Syurga kami bersama & seiring ke JannahMu..
Ya Allah Ya Tuhanku, aku malu padaMu kerana pada usia sebegini aku belum mampu mencapai khusnul khotimah.. Kau dekatkan & permudahkanlah perjalanku untuk mengapai nya Ya Allah,. Sungguh, hanya padaMu, aku berdoa utk terus tabah melakukan istiqomah setiap perkara yang diredhoiMu..
Ya Allah Ya Robbi, sungguhpun, aku juga sentiasa bersyukur padaMu Ya Allah kerana sehingga nafas ini, Kau telah berikan aku seorang suami yg baik hati & penyayang.. sepasang anak2 yg comel & sungguh memahami jerih payah, suka dukaku.. kedua ibubapa, kedua mertua yg sangat menyokong kala susah senang, jatuh bangunku.. adik beradik yg byk membantu siang malam, kena buli dgn si comel berdua tu.. Sungguh!! aku sayang kamu semua hingga bertemu di Jannah kelak.. kalian penguat semangatku!! Sungguhpun aku dicerca, dihina, dengan kuasaNya, aku akan mampu teguh bila adanya kalian disekelilingku!! Allahuakbar.... besarnya keagunganMu Ya Allah.... Ya Allah, lindungilah mereka semua, panjangkan umur mereka, limpahi mereka rezeki yg tak putus2,,,, kerana tanpa mereka, semangatku hilang!
Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih atas pinjaman duniawi ini padaku..
Utk sahabat2 ku semua, terima kasih menjadikan duniaku warna warni dengan keletah kalian.. Syukur... Aamiin...
#Arjunabeta #selimuttetangga
Search This Blog
Monday, 1 December 2014
Turn to 31~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
mAma ZahRaA